BTS Media

26 sekolah di Sarawak kekal ditutup pada hari pertama persekolahan akibat banjir

SEBANYAK 26 sekolah di Sarawak dilaporkan kekal ditutup pada hari Isnin (12 Jan), hari pertama sesi persekolahan baharu, susulan banjir yang masih melanda beberapa kawasan di negeri itu.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli, berkata setakat hari Ahad,  tiga sekolah di daerah Daro (Bahagian Mukah), empat di daerah Selangau (Bahagian Sibu) serta 19 di daerah Tatau dan Sebauh (Bahagian Bintulu) terjejas akibat bencana banjir, lapor Bernama.

Menurut beliau, sekolah terlibat di Daro ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pangtray, SK OK Selair dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, manakala di Selangau melibatkan SK Nangga Selangau, SK Kuala Lemai, SK Ulu Sungai Arip dan SK St Mark.

Beliau turut memaklumkan bahawa di Tatau dan Sebauh, sekolah terjejas ialah SJKC Chung Hua Tatau, SJKC Chung San, SK Bukit Mawang, SK Hermanus Assan, SK Kuala Binyo, SK Kuala Kebulu, SK Kuala Muput, SK Kuala Sigu, SK Labang, SK Nanga Penyarai, SK Nanga Tau, SK Pandan, SK RH Tayai, SK Sebauh, SK Sungai Bukit Balai, SK Sungai Genaan, SK Sungai Sebungan, SK Sungai Sengian dan SK Sungai Bagian.

Omar berkata penutupan terpaksa diteruskan kerana kawasan sekolah masih dinaiki air selain jalan perhubungan ke kawasan perumahan dan kampung tidak dapat dilalui.

Beliau menambah, lapan lagi sekolah kini digunakan sebagai pusat pemindahan sementara, dengan tujuh daripadanya terletak di Serian dan satu di Selangau.

  – BTSMedia.my

Leave a Comment