SATU gempa bumi magnitud 6.9 melanda perairan tengah Filipina pada petang hariĀ Selasa.
Gegaran turut dirasai di Sandakan, Sabah.
Perkhidmatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), yang menyemak semula magnitud daripada bacaan awal 7.0, berkata pusat gempa terletak kira-kira 11 kilometer dari Calape, di wilayah Bohol.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa “tiada ancaman tsunami akibat gempa bumi ini.”
Filipina terletak di “Lingkaran Api” Pasifik yang aktif secara seismik, di mana kejadian gempa bumi sering berlaku.
Walaupun kebanyakannya terlalu lemah untuk dirasai, gempa bumi yang kuat dan boleh berlaku tanpa sebarang amaran.
Ā – BTSmedia.my