GAMBAR: Bloomberg
BEKAS Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, mendakwa serangan terhadap anak lelakinya di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya hari ini adalah amaran kepadanya.
Beliau menyifatkan kejadian itu sebagai percubaan untuk menyekatnya daripada bersuara lantang dalam isu-isu tertentu.
Dalam satu kenyataan, Rafizi menjelaskan bahawa serangan itu merupakan kali pertama ahli keluarganya menjadi sasaran sepanjang penglibatan dalam politik.
Beliau menganggap serangan tersebut sebagai satu ugutan, namun menegaskan tidak akan tunduk dan akan terus menjalankan tugasnya seperti biasa, tapi langkah keselamatan akan dipertingkatkan.
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, mengesahkan bahawa anak kepada bekas menteri itu diserang secara fizikal oleh individu tidak dikenali.
Beliau memaklumkan bahawa rakaman CCTV di lokasi kejadian telah diperoleh untuk disemak.
Menurut Shazeli, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di hospital.
Rafizi berkata, serangan itu berlaku kira-kira pukul 1.45 petang apabila seorang lelaki tidak dikenali mencucuk anak lelakinya menggunakan alat sutikan ketika mangsa bersama ibunya sedang menaiki kereta.
Beliau percaya dua individu bermotosikal telah mengekori kereta isterinya.
-BTS Media