Nik Nazmi Nik Ahmad telah meletak jawatan sebagai menteri sumber asli dan kelestarian alam.
Ahli parlimen Setiawangsa itu berkata beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada 4 Julai, tetapi beliau akan bercuti mulai esok hingga 3 Julai.
Beliau pada mulanya dilantik sebagai sebagai menteri sumber asli, alam sekitar dan perubahan iklim (dari bulan Disember 2022 hingga Disember 2023), dan kemudian sebagai menteri sumber asli dan kelestarian alam (dari Disember 2023 hingga Julai 2025).
Nik Nazmi tewas dalam perebutan jawatan naib presiden PKR dalam pemilihan parti baru-baru ini.
-BTS Media