BTS Media

Helikopter terhempas: Seorang maut dalam kejadian di Bentong, juruterbang selamat

SEORANG kakitangan darat maut dalam kemalangan sebuah helikopter Bell 206 L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong, Pahang, pada pagi hari Khamis (6 Feb).

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Zulfadli Zakaria yang mengesahkan kejadian itu, berkata juruterbang helikopter itu terselamat.

Kejadian berlaku berhampiran kolam air panas di jalan lama Kuala Lumpur-Bentong.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Bentong.

-BTS Media

Leave a Comment