AHLI Biro Politik Hamas, Khalil Al-Hayya, pada hari Rabu berkata bahawa rakyat Palestin “tidak akan melupakan pihak yang mengambil bahagian dalam pembunuhan beramai-ramai (di Gaza)”, lapor Agensi Anadolu.
Pada sidang akhbar, Al-Hayya berkata: “Apa yang dilakukan oleh penjajah Israel dan penyokongnya – daripada kekejaman, pembunuhan beramai-ramai hingga kepada jenayah ala Nazi, akan kekal sentiasa terpahat dalam ingatan rakyat kita dan dunia sebagai era paling kejam.”
“Pada detik bersejarah ini, kami melahirkan rasa bangga dan penghormatan kepada seluruh rakyat di Gaza,” tambah pegawai itu.
Al-Hayya seterusnya mengulangi “pendirian mulia semua negara yang menyokong kami dalam pelbagai cara, terutama saudara-saudara kami di Turkiye, Afrika Selatan, Algeria, Rusia, China, Malaysia dan Indonesia.
-BTS Media