BTS Media

Anjing setia tunggu dua tahun di kubur temankan mendiang pemiliknya diselamatkan

DI CHINA, seekor anjing sakit yang sentiasa berada di kubur untuk menemani mendiang tuannya selama dua tahun akhirnya telah diselamatkan oleh seorang lelaki baik hati.

Lelaki terus mengambil dan membawa anjing yang kakinya tempang dan mengalami sakit kulit serius ke hospital veterinar untuk rawatan.

Video dimuat naik oleh @ganpojiege yang merupakan seorang ‘influencer’ media sosial China dan pemilik pusat bantuan anjing liar di wilayah Jiangxi, pada 5 Nov, setakat ini menarik 85,000 tontonan dan beribu-ribu komen.

Lelaki tersebut turut menerima bantuan daripada penduduk kampung di wilayah itu.

Penduduk kampung memberitahu @ganpojiege bahawa anjing itu menemani mendiang pemiliknya sejak dia meninggal dunia pada tahun 2022, lapor SCMP.

Sebelum ini beberapa penduduk kampung telah cuba mengambilnya untuk dijaga, tetapi setiap hari anjing tersebut berlari semula ke kubur mendiang tuannya seorang diri.

Dia menjadikan kubur tuannya sebagai tempat tinggal, dan hanya akan turun ke kampung untuk mencari makanan apabila lapar.

Semasa mendekati haiwan tersebut, ia jelas tertarik dengan @ganpojiege  dan mengoyangkan ekor tanda gembira apabila lelaki itu menghulurkan tangan.

Setelah dibawa pulang, langkah pertama @ganpojiege ialah memberikannya sosej yang dimakan dengan lahapnya kerana terlalu lapar.

@ganpojiege kemudian menamakan anjing setia itu Zhongbao, yang bermaksud “Bayi Setia”.

Dua bulan selepas dia menyelamatkan Zhongbao, anjing itu sembuh sepenuhnya dan ditempatkan bersama ratusan anjing lain di sebuah pusat penyelamat dan penjagaan anjing.

Zhongbao kini kelihatan sihat dengan bulunya kembali panjang dan gebu.

Sekarang, dari semasa ke semasa @ganpojiege membawa anjing itu menziarahi kubur mendiang tuannya.

“Saya terharu dengan kesetiaan Zhongbao kepada pemiliknya,” kata seorang peimnat dalam talian.

-BTS Media

Leave a Comment