GAMBAR: Anadolu
Oleh Yusoff A. Shariff
PARLIMEN Israel meluluskan undang-undang pada hari Isnin (28 Okt) untuk melarang Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) daripada beroperasi di dalam negara itu.
Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini, berkata undian itu bertentangan dengan piagam PBB dan melanggar undang-undang antarabangsa.
“Ini adalah perkembangan terbaharu dalam kempen untuk memburukkan,” kata beliau di platform media sosial X.
Undian itu dibuat pada hari yang sama kereta kebal Israel menceroboh lebih dalam ke utara. Gaza, dan sekali gus memerangkap lebih 100,000 penduduk, kata perkhidmatan kecemasan Palestin.
Kementerian kesihatan Semenanjung Gaza berkata sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh akibat serangan udara dan pengeboman Israel pada hari Isnin.
Perkhidmatan Kecemasan Awam Palestin berkata kira-kira 100,000 orang terkandas di Jabalia, Beit Lahiya dan Beit Hanoun tanpa bekalan perubatan atau makanan kerana operasi bantuan terhenti disebabkan serangan Israel selama tiga minggu di utara Gaza.
Sementara itu, Israel terus menyerang Lubnan pada hari Isnin, termasuk serangan udara awal pagi ke atas sebuah daerah di pelabuhan selatan Tire yang menyebabkan tujuh maut, kata kementerian kesihatan Lubnan.
Pihak berkuasa kesihatan Lubnan berkata serangan Israel di Lubnan telah membunuh sekurang-kurangnya 2,710 orang dan mencederakan 12,592 yang lain pada tahun lalu.
-BTS Media