BTS Media

Lelaki Disoal Polis Berhubung Komen Facebook Menyinggung

Oleh Yusoff A. Shariff

KOTA KINABALU: Polis Kota Kinabalu telah memanggil seorang lelaki untuk disoal siasat atas dakwaan membuat kenyataan menghina tentang kalimah “Allah” di Facebook.

Lelaki itu, yang dikenali sebagai “Ricky Shane CA,” dalam Facebook dikatakan telah berbuat demikian pada ruang komen sebuah portal berita.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Lelaki itu telah dipanggil ke balai polis, dengan kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (menggalakkan ketidakharmonian agama) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar), lapor New Straits Times (NST).

Sementara itu, orang ramai yang berjaya mengesan identiti lelaki tersebut telah berkumpul di luar kondominium suspek untuk berdepan dengannya. Kumpulan itu kemudian bersurai setelah lelaki itu masuk ke dalam bangunan.

Melalui satu lagi post media sosial, lelaki itu juga telah meminta maaf kepada masyarakat Islam, selain mengaku dirinya seorang mualaf dan menyatakan keperluan untuk mendalami kefahaman tentang islam.

Susualan itu, Timbalan Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menggesa orang ramai supaya sentiasa menghormati semua agama dan kepercayaan yang diamalkan di negara ini. Beliau menekankan kepentingan mengelakkan topik sensitif berkaitan agama, kaum, dan raja (“3Rs”) untuk memelihara perpaduan.

“Sebarang isu berkaitan 3R bukan sahaja boleh merosakkan perpaduan kita tetapi juga membawa kepada tindakan undang-undang,” kata Titingan.

-BTS Media

Leave a Comment