BTS Media

Lima cedera ketika perusuh menyerang pelajar asing tunai solat tarawih di Universiti Gujerat India

Oleh Yusoff A. Shariff

SEKUMPULAN perusuh menyerang pelajar antarabangsa di asrama mereka di Universiti Gujarat India, bandar Ahmedabad pada malam Sabtu kerana melakukan solat tarawih.

“Kira-kira 20-25 orang memasuki asrama dan membantah pelajar antarabangsa menunaikan solat di sana,” pesuruhjaya polis Ahmedabad, Gyanendra Singh Malik dipetik berkata dalam akhbar tempatan hari ini.

Perusuh juga merosakkan bilik asrama, menjeritkan slogan dan membaling batu.

Menurut media tempatan, lima pelajar cedera dalam serangan itu.

“Mereka juga menyerang kami hingga ke dalam bilik, dan memecahkan komputer riba, telefon dan merosakkan basikal,” kata seorang pelajar dari Afghanistan.

Seorang pelajar dari Tajikistan dan seorang lagi dari Sri Lanka dimasukkan ke hospital.

Universiti Gujarat mempunyai kira-kira 300 pelajar asing dari pelbagai negara, termasuk Afrika dan Asia Tengah.

-BTS Media

Leave a Comment