Oleh Zainal AS Rashid
KEMENTERIAN Kesihatan mungkin mengeluarkan arahan baharu untuk suntikan booster Covid-19 tidak lama lagi, terutama bagi mereka yang lebih terdedah kepada komplikasi daripada virus itu, kata menterinya Dzulkefly Ahmad.
Menurut Dzulkefly kadar pengambilan booster kedua vaksin Covid-19 setakat ini hanya sebanyak 54 peratus, manakala kadar booster ketiga “agak rendah”. lapor FMT.
Beliau berkata, kementerian mungkin mengeluarkan beberapa arahan untuk dos penggalak, terutama bagi mereka yang berada dalam kumpulan berisiko,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Kesihatan di Putrajaya pagi ini.
Semalam, jumlah kes Covid-19 meningkat sebanyak 88 peratus kepada 12,767 pada minggu lalu berbanding 6,796 pada minggu sebelumnya.
Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai memakai pelitup muka apabila berada di tempat sesak berikutan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia.
Beliau berkata ini adalah penting semasa cuti akhir tahun, yang bakal menyaksikan peningkatan pergerakan orang ramai, dan keadaan cuaca yang boleh menyumbang kepada peningkatan kes.
-BTS Media