Oleh Yusoff A. Shariff
BEKAS Penasihat Pentagon, Douglas MacGregor, mendedahkan bahawa pasukan gerak khas tentera Amerika, diiringi oleh pasukan komando Israel, telah ditewaskan ketika cuba menyiasat lokasi tebusan Israel di Gaza baru-baru ini.
Semasa temu bual melalui satu saluran media dalam talian Amerika Syarikat, MacGregor berkata pasukan operasi khas tentera Amerika dan Israel itu memasuki Semenanjung Gaza untuk meninjau dan menilai cara terbaik untuk membebaskan tebusan, tetapi operasi mereka dapat dipatahkan oleh pejuang Hamas, lapor Middle East Monitor.
Beliau percaya bahawa apa yang berlaku adalah sesuatu yang dijangkakan, dan tidak melihatnya sebagai kemenangan untuk Israel dalam apa cara sekalipun.
MacGregor juga menyatakan kebimbangannya mengenai potensi risiko yang mendedahkan Amerika susulan tindakan tersebut.
Beliau berkata, seramai 2,000 anggota marin dan 2,000 anggota gerak khas tentera Amerika  dikerahkan ke wilayah itu, namun beliau percaya kekuatan sebegitu tidak akan memberi kesan yang ketara.
-BTS Media