BTS Media

Kinabalu National Geopark diisytihar Geopark Global UNESCO

GAMBAR ATAS: Ariel Steiner, CC BY-SA 3.0 <http://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0/>, via Wikimedia Commons

 

Oleh Zainal AS Rashid

ANUGERAH UNESCO Triple Crown yang mengiktiraf Kinabalu National Geopark sebagai
Kinabalu UNESCO Global Geopark adalah yang ketiga di dunia.

Mengumumkan perkara ini pada Jumaat (26 Mei), Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Sabah kini menyertai Pulau Jeju di Korea dan Shennongjia di China sebagai kawasan yang mempunyai tiga tapak UNESCO.

Keputusan itu dibuat oleh Lembaga eksekutif UNESCO di Paris pada 24 Mei, lapor The Star.

Dua lagi tapak ialah Tapak Warisan Dunia Kinabalu (diisytiharkan pada 2 Dis 2000) dan Rizab Biosfera Banjaran Crocker Unesco (diisytiharkan pada 12 Jun 2014).

“Geopark Global UNESCO Kinabalu yang meliputi kawasan seluas 4,750 kilometer persegi, kini secara rasminya merupakan destinasi Geopelancongan Global yang menambah nilai penting kepada produk eko-pelancongan sedia ada Sabah.

Geopark tersebut adalah khazanah pelbagai tumbuhan dan haiwan endemik, termasuk 90 spesies orkid yang hanya terdapat di Gunung Kinabalu.

Kehadiran pelbagai spesies fauna, termasuk Burung Siul Kepala Merah (Crimson-Headed Partridge) yang tidak terdapat di mana-mana tempat lain di dunia memberikan manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada sosioekonomi Sabah, kata Hajiji.

Dengan pengisytiharan Kinabalu National Geopark  sebagai Geopark Global UNESCO, kini terdapat 195 geopark di dunia yang terletak di 48 negara.

Label Geopark Global UNESCO mengiktiraf warisan geologi yang mempunyai kepentingan antarabangsa.

-BTS Media

Leave a Comment