GAMBAR ATAS: Malay Mail.
Oleh Yusoff A. Shariff
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak membuka sebarang siasatan berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) membiayai kempennya pada pilihan raya umum lalu menggunakan pendapatan daripada pengendali perjudian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata SPRM mendapati dakwaan itu “terlalu umum” selepas kajian terperinci dijalankan.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata dana perjudian mungkin digunakan untuk membiayai kempen PN.
Azalina menjawab soalan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Pasir Mas Ahmad Fadli Shaari yang bertanyakan mengenai status siasatan terhadap gabungan itu berhubung dakwaan dana perjudian.
-BTS Media