BTS Media

Undang-undang dadah baharu dibentang tahun ini untuk tangani penjara sesak

Oleh Yusoff A. Shariff

MENTERI Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail hari ini berkata undang-undang dadah baharu akan dibentangkan di Parlimen tahun ini.

Beliau berkata undang-undang baharu – Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan), akan membantu mengurangkan kesesakan di penjara.

“Apabila rang undang-undang baharu diluluskan, perbezaannya ialah pengakhiran bukan penjara, sebaliknya, ke pusat pemulihan,” kata Saifuddin di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Subang PKR Wong Chen, yang bertanya tentang komitmen Kementerian untuk menyahjenayah kesalahan dadah kecil dalam usaha mengurangkan masalah tersebut.

-BTS Media

Leave a Comment