Oleh Yusoff A. Shariff
DEWAN Ulama PAS berkata Perdana Menteri mesti menjelaskan dakwaan pembiayaan asing yang diberikan kepada Pakatan Harapan dan tidak membuat dakwaan tidak berasas terhadap Perikatan Nasional.
Dalam satu kenyataan pada Rabu (7 Dis), ketua majlis itu Datuk Ahmad Yahya berkata ia juga akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menuduh parti itu menerima hasil perjudian tanpa memberikan sebarang bukti.
“Bagaimana seorang Perdana Menteri menjustifikasikan dakwaan beliau sebagai sekadar “membayangkan” wujudnya penerimaan dana tersebut, bukan sebaliknya daripada bukti yang jelas dan nyata.
“Usah jadikan Kerajaan tempang yang dibentuk pasca PRU ke-15 sebagai Kerajaan Pak Pandir.
“Kerajaan negeri Kedah di bawah Perikatan tegas dengan komitmen menutup premis perjudian di seluruh negeri ini bermula 2023.
Beliau berkata, ini adalah berikutan (keputusan) kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu.
“Kutipan sektor perjudian semasa era pemerintahan singkat PH mencecah RM3.43 bilion (2019).
“Apakah Anwar mempunyai tekad politik untuk menutup terus premis perjudian sebagaimana langkah yang diambil Kerajaan PN ini?” tanya beliau.
Ahmad berkata, bagaimanapun, isu utama ialah dakwaan pembiayaan asing diterima Pakatan yang menimbulkan kebimbangan orang ramai sebelum ini.
“Ini didedahkan oleh presiden International Republican Institute (IRI) Daniel Twining selepas PRU14.
“Dakwaan ini lebih berbahaya kerana mendedahkan kedaulatan negara kepada kepentingan asing. Ironinya tidak ada dakwaan, mahupun jawapan yang tuntas terhadapnya,” katanya.
Isnin lalu, Anwar telah mengecam Perikatan Nasional kerana membenarkan 22 cabutan khas untuk perjudian 4D. Setelah setahun mentadbir negara.
-BTS Media