GEMPA bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan pulau Bali dan Jawa Indonesia pada Selasa, kata agensi geofizik Indonesia.
Gempa bumi itu berlaku di luar pantai selatan wilayah Jawa Timur, pada kedalaman 10 kilometer, dan 305 kilometer di barat daya Denpasar, Bali, kata agensi itu sambil menambah ia tidak dijangka mencetuskan tsunami.
Pihak berkuasa tempatan sedang memeriksa kerosakan yang disebabkan oleh gegaran itu, yang dirasai kuat di wilayah Jawa Timur dan Bali.
-BTS Media