BTS Media

Bukan budaya kita untuk berdebat, kata Ismail Sabri

Oleh Zainal AS Rashid

DEBAT antara calon perdana menteri yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak sesuai, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri kerajaan sementara itu menambah bahawa perdebatan tidak akan mencapai sesuatu yang besar.

“Bukan budaya kita berdebat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat polis mengenai persiapan menghadapi pilihan raya dan kemungkinan banjir di Bukit Aman pada Selasa (26 Okt), lapor The Star.

Naib presiden UMNO itu mengulas cadangan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk debat terbuka antara calon perdana menteri daripada parti yang bertanding dalam pilihan raya umum.

“Jika debat diadakan, ia akan memberi beliau (Anwar) platform untuk menyatakan manifesto dan janjinya.

“Tidak perlu berdebat kerana semua akan sibuk di kawasan masing-masing,” katanya.

Dilaporkan bahawa Anwar, yang merupakan presiden PKR, mencadangkan perdebatan terbuka dan positif antara calon-calon jawatan perdana menteri yang bertanding dalam pilihan raya umum nanti.

Beliau berkata ia perlu bagi membolehkan perbincangan mengenai dasar dan bukan perkara perkauman atau agama.

-BTS Media

Leave a Comment