BTS Media

Singapura tarik balik dua lagi produk Mie Sedaap dari Indonesia kerana kandungan etilena oksida

Oleh Fetty Rara

AGENSI Makanan Singapura (SFA) telah melanjutkan penarikan balik dua produk tambahan Mie Sedaap dari Indonesia kerana kandungan etilena oksida.

Agensi itu dalam satu kenyataan berkata ia telah mengarahkan Arklife Distributors Pte Ltd menarik balik mi segera rasa Mie Sedaap Soto dan mi segera rasa kari.

Terdahulu, SFA pada 6 Okt mengarahkan Sheng Sheng F&B Industries Pte Ltd untuk memanggil balik mi segera Mie Sedaap Korean Spicy Sup dan mi segera Korean Spicy Chicken kerana bahan itu.

Menurut SFA lagi, ujian kawal selia produk mi segera Mie Sedaap lain sedang diteruskan.

Agensi itu juga sedang bekerjasama dengan pihak pengimport dan pihak berkusa Indonesia untuk menyiasat dan menyelesaikan masalah pencemaran etilena oksida.

Sekiranya kandungan etilena oksida dikesan melebihi tahap maksimum dibenarkan, SFA akan menarik semula produk yang terjejas.

-BTS Media

Leave a Comment