Oleh Yusoff A. Shariff
JUMLAH mangsa banjir kilat di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Chepor, Ipoh meningkat kepada 93 orang setakat 8 pagi Rabu (5 Okt), berbanding 55 orang malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian banjir pada 10.05 malam semalam, yang menyebabkan 55 orang dipindahkan setakat tengah malam ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sri Klebang.
“Sehingga 8 pagi hari ini, jumlah mangsa yang dipindahkan di pusat pemindahan meningkat kepada 93 orang, melibatkan 33 keluarga, dan jabatan itu masih memantau keadaan” katanya dalam satu kenyataan.
Beberapa kawasan di Ulu Chepor dilaporkan dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.
-BTS Media