PERIKATAN Nasional (PN) bersedia untuk pertandingan kerusi pelbagai penjuru, kata presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Jangkaan itu dibuat berikutan masih belum berlaku sebarang persefahaman kerjasama dengan parti lain untuk Pilihan Raya Umum Ke-15.
Beliau yang juga presiden BERSATU berkata, tidak boleh dinafikan bahawa PRU15 akan ditentukan oleh kira-kira enam juta pengundi muda di banyak kawasan pilihan raya.
“Kemungkinan besar mereka akan menolak kleptokrasi, jadi Perikatan akan menjadi pilihan terbaik mereka,” kata Muhyiddin kepada media pada Muktamar PAS ke-68 di Kompleks PAS Kedah di Alor Setar pada Sabtu (3 Sept).
Beliau berkata, walaupun Perikatan masih terbuka untuk berbincang dengan pihak lain, ia bersedia untuk menghadapi pertandingan pelbagai penjuru jika tiada kerjasama berlaku.
-BTS Media