BTS Media

Nak salah PN tarik sokongan, padahal MT UMNO tekan PM bubar Parlimen

Oleh Kamarudin Mohd Kasim

ISMAIL terima tekanan dari Presiden dan MT UMNO supaya bubar segera Parlimen bagi membolehkan PRU15 diadakan awal?

Saya dihubungi oleh rakan saya, beliau sekarang masih bertugas di PMO. Di bahagian mana kawan saya bertugas di PMO tu saya tak boleh bagi tau di sini. Beliau tidak ikut jejak langkah saya berhenti setelah TS Muhyiddin dipaksa rela melepaskan jawatan Perdana Menteri tempoh hari.

Kawan saya ada tanya saya mengenai situasi sokongan politik dikalangan penjawat awam.

Saya nyatakan dengan jelas pada beliau penjawat awam nampak tidak gemar dengan situasi sekarang. UMNO dah bawa perangai asal mereka setelah jadi kerajaan selepas TS Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan secara paksa rela. Tambahan pula digemparkan lagi dengan isu kapal yang dikatakan mirip dengan kes 1MDB dari segi modus operandinya. 6 Bilion ringgit bukan kecil anak.

Biarlah bab sokongan penjawat awam itu saya ulaskan nanti.

Cuma saya nak bagitau mengenai topik perbualan dengan kawan saya pasal isu cepat atau lambat PRU15.

Kawan saya ada juga tercakap bahawa apa yang dia dengar-dengar bahawa pembubaran Parlimen mungkin akan berlaku dalam masa bulan Januari 2023 mungkin awal lagi bulan November 2022. Dan PRU15 akan dijadualkan berlaku awal dan tak lewat dari bulan Mei 2023.

Sejauh mana kebenarannya tak tahulah saya.

Yang pastinya Ismail Sabri dah ada plan nak bubar awal. Bubar awal dek kerana tekanan Presiden UMNO dan MT UMNO.

Bubar awal supaya PRU-15 diadakan seawal yang boleh. Kalau boleh nak diadakan PRU15 sebelum keputusan mahkamah bagi kesalahan salah guna kuasa dan rasuah pemimpin UMNO keluar.

Bagi saya, biarlah Ismail Sabri nak bubar awal, biar orang tahu dia bubar parlimen bukan kerana PN tarik sokongan tapi kerana tekanan dari MT UMNO.

Semalam pihak UMNO sempat mainkan isu Ismail akan bubar parlimen ni kerana PN tarik sokongan. Pihak UMNO cuba nak tutup lubang longkang yang dia orang telah buat. Nak salah PN tarik sokongan,

Padahal MT UMNO yang sedang menekan Ismail supaya cepatkan bubar Parlimen.

Kalau boleh pemimpin Kluster mahkamah UMNO nak Ismail umum bubar hari ini juga.

Bagi pihak Ismail Sabri pula, ada kerisauan bagi pihak beliau. Risau rakan seangkatan tidak dapat watikah pelantikan sebagai calon PRU-15 nanti.

Nama seperti Annuar Musa, KJ, Adham Baba dan ramai lagi dikatakan kemungkinan tidak tercalon lagi sebagai calon BN pada PRU15 nanti. Mereka dilihat tidak senada dengan Presiden yang juga pengerusi BN.

Apapun kita tunggu dan lihat nanti apa yang Ismail Sabri akan lakukan.

Yang lenting bagi pihak PN, persediaan hadap PRU15 mesti dalam mood bersedia pada bila-bila masa.

 

Penulis adalah  Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan BERSATU. Ini pandangan peribadi dan tidak semestinya mencerminkan pendirian BTS Media.

-BTS Media

Leave a Comment