Oleh Zainal AS Rashid
TIGA industri, iaitu pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan akan dibenarkan mengambil pekerja asing dari semua 15 negara sumber.
Dalam sidang media bersama di Bukit Aman pada Isnin (18 Julai) Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Sumber Manusia Saravanan berkata perkara itu dipersetujui selepas mesyuarat sebelum ini.
Mereka juga bersetuju untuk melihat kewajaran membenarkan pekerja asing dalam semua sektor termasuk subsektor yang dibekukan.
“Saya juga ingin mengingatkan semua bahawa kerajaan akan memastikan pengurusan pekerja asing di sini adalah berdasarkan undang-undang negara kita dan pada masa yang sama, memastikan semua pekerja asing dilindungi hak mereka,” kata mereka dalam kenyataan bersama.
-BTS Media