BTS Media

Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mertua ditemukan berpeluk

GAMBAR ATAS: via MSN.

 

MAYAT wanita hamil dan ibu mertuanya yang dilaporkan hilang semalam di Kampung Iboi, Kupang, Kedah ditemukan pada pukul 9.30 pagi tadi.

Mangsa ditemukan dalam keadaan berpeluk di bawah timbunan batang pokok kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka yang turut dihanyutkan arus deras.

Mangsa dikenali Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan itu bersama ibu mertua, Salmah Mat Akib, 53.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, kedua-dua mayat ditemui dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.

“Mangsa dipercayai hanyut sebelum tersangkut pada kayu dan batu menyebabkan mangsa terperangkap di bawah timbunan kayu.

“Pasukan penyelamat ternampak kaki mangsa dan berjaya mengeluarkan mangsa pertama dan diikuti mayat kedua,” katanya, menurut laporan Harian Metro.

Sementara itu, seorang lagi ahli keluarga mangsa iaitu remaja berusia 14 tahun, Khairul Ikhwan Nor Azman dilaporkan masih hilang. Sayani berkata, usaha mencari remaja itu masih dilakukan dan akan diperluaskan sekiranya masih belum ditemui.

“Kita turut menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) JBPM untuk melakukan operasi pencarian hari ini,” katanya.

Terdahulu, suami kepada Salmah, Abd Rahman Said, 71, berkata tiga sekeluarga itu dipercayai hilang selepas rumah didiami mereka dihanyutkan arus deras, petang semalam.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Nurul Anis sempat menelefon untuk memaklumkan paras air yang semakin naik di kawasan rumah mereka.

Baca lagi: https://www.msn.com/en-my/news/berita/banjir-baling-mayat-wanita-hamil-ibu-mertua-ditemui-berpelukan/ar-AAZcLVf?ocid=msedgntp&cvid=4cc79b268b95410ebc2576791621b692

Leave a Comment