Oleh Yusoff A. Shariff
KETUA Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan taklimat khas yang dianjurkan untuk Pemuda UMNO berhubung pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Bhd.
Wan Fayhsal berkata Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa perlu juga menjemput sayap pemuda parti lain.
Beliau bertanya kenapa taklimat itu perlu istimewa kepada Pemuda UMNO, walhal isu tersebut bertujuan menyedarkan semua pihak, lapor FMT.
Annuar pada Ahad berkata beliau telah meminta Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan DNB memberikan taklimat tentang projek itu kepada wakil Pemuda UMNO pada Jumaat.
Beliau juga menyatakan bahawa undangan dibuat kepada pemimpin Wanita UMNO dan Puteri UMNO, sambil menambah bahawa adalah penting bagi pemuda dan pemimpin parti menerima penjelasan dan maklumat terkini mengenai pelancaran 5G.
Annuar hari ini berkata hari beliau telah menghantar salinan memorandum Pemuda UMNO kepada Kementerian Kewangan kerana kebanyakan perkara yang dibangkitkan bukan di bawah bidang kuasa kementeriannya, dan juga beberapa perkara yang dibangkitkan tidak tepat dan lapuk.
DNB ialah syarikat milik kerajaan yang dilantik untuk membina infrastruktur dan rangkaian 5G di seluruh negara.
Setelah dibantahi oleh syarikat-syarikat telekomunikasi, kerajaan bersetuju untuk membenarkan mereka memegang 70% pegangan dalam DNB. Tawaran itu terbuka hingga30 Jun ini.
-BTS Media