Oleh Yusoff A. Shariff
The Berjaya Tioman Resort, Pulau Tioman, Pahang dibuka semula pada 25 April 2022, berikutan penangguhan selama dua tahun bagi kerja-kerja pengubahsuaian.
Resort berusia lebih 50 tahun yang diuruskan oleh anak syarikat Kumpulan Syarikat Berjaya Corp, Berjaya Hotels & Resorts itu ditutup pada 15 Jun 2020 bagi kerja-kerja pengubahsuaian, naik taraf bilik tetamu dan pelbagai kemudahan.
Resort ini menawarkan penginapan gaya chalet eksklusif dan padang golf antarabangsa 18 lubang berlatarbelakangkan hutan hujan tropika seluas 210 ekar.
Pengurus resort, Simon Tan dalam satu kenyataan berkata resort tersebut menawarkan pakej “Infinite Getaway” yang membolehkan tetamu menikmati percutian mudah di pulau pada harga pakej RM1,275 seorang berdasarkan penginapan ‘twin-sharing’.
Ia termasuk penginapan dua malam, perkhidmatan pengangkutan ulang-alik percuma dari Jeti Tekek ke resort, dan kit kebersihan percuma.
Turut disediakan, sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam tanpa had setiap hari sepanjang tempoh penginapan, termasuk minuman.
Pakej juga menawarkan penggunaan tempoh terhad peralatan riadah, termasuk kayak dan basikal sewa.
Selain itu, pelbagai aktiviti lain disediakan, seperti snorkelling, ‘stand-up paddleboarding, ATV, jungle-trekking, dan spa (Taaras Spa).
-BTS Media