ATAS: Gambar fail Malaysiakini gabungan parti pembangkang sebelum penubuhan Perikatan Nasional.
Oleh Zainal AS Rashid
Pemimpin DAP Liew Chin Tong menggesa semua kuasa politik yang menentang “kluster mahkamah” UMNO supaya bersepakat mengatur strategi yang adil menjelang.
Beliau yang juga ketua pembangkang negeri Johor berkata semua ahli politik bertanggungjawab harus mencapai kata sepakat tentang perkara yang dianggap adil apabila bertanding pada PRU15 dan bukannya membenarkan “kluster mahkamah” menentukan tempo dan meraih peluang untuk kembali berkuasa.
Menurut catatan beliau dalam Facebook, pembangkang tidak ada masa untuk melihat pilihan raya umum berlaku mengikut jadual “elak-masuk-penjara” yang ditentukan oleh pihak ‘kluster mahkamah’.
Melihat ke belakang mengenangkan apa yang telah berlaku dan asyik memikirkan sama ada Pakatan Harapan (PH) patut bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada PRU kelak tidak akan ke mana.
Liew berkata sikap masih melihat ke belakang mengenangkan apa yang telah berlaku dan asyik memikirkan sama ada Pakatan Harapan (PH) patut bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada PRU kelak tidak akan ke mana.
Beliau berkata keadaan sekarang menunjukkan bahawa tiada pihak yang dominan, dan UMNO pula tidak lagi menguasai jentera kerajaan.
Ini kerana musuh mereka, Bersatu menguasai portfolio penting Kementerian Dalam Negeri.
Oleh demikian, ketiadaan parti atau gabungan yang dominan boleh digunakan untuk meluluskan lebih banyak undang-undang, selain Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti.
Beliau menegaskan tiada jaminan bahawa UMNO-BN akan membentuk kerajaan akan datang, dan masih ada harapan untuk mewujudkan peraturan adil yang demokratik untuk semua.
-BTS Media