BTS Media

Betulkah siswa boleh semak kelayakan dapat laptop melalui laman PerantiSiswa?

 

Oleh Yusoff A. Shariff

Pautan tular baru-baru ini yang mendakwa sebuah laman web (PerantiSiswa) yang dirujuk boleh digunakan untuk menyemak kelayakan pelajar menerima laptop dan tablet percuma serta status permohonan adalah palsu.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-Komm) dalam kenyataan pada Rabu (6 April), berkata bahawa pautan  https://www.sistemguruonline.my/2022/04/permohonan-laptop-tablet-1.htm adalah sebuah lama tidak rasmi dan bukannya dikendalikan oleh kementerian tersebut.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Mohammad Mentek sistem aplikasi sedang dibangunkan dan akan mula beroperasi mulai 15 April.

Beliau menyatakan demikian berikutan pengumuman yang tular di media sosial bertajuk “Terbaru: Permohonan bantuan komputer riba dan tablet dibuka pada 15 April ini!”

Pencarian mendapati pautan asal tersebut telah dipadamkan.

220317-INISIATIF_PERANTISISWA

ATAS: Siaran media rasmi K-Komm

 

-BTS Media

Leave a Comment