BTS Media

Israel berkeras: Terus kuasai ‘keselamatan’ Gaza walaupun gencatan senjata

ISRAEL menegaskan bahawa ia akan mengekalkan penguasaan penuh terhadap “keselamatan” di Gaza walaupun telah bersetuju dengan gencatan senjata yang diusahakan oleh Amerika Syarikat.

Negara Zionis itu juga mempertahankan pendiriannya, apabila pasukan pengaman antarabangsa berada di Gaza.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memaklumkan kepada Kabinetnya bahawa Israel sendiri akan menentukan bila dan di mana untuk melancarkan serangan terhadap Gaza, serta negara mana yang dibenarkan mengambil bahagian dalam pengawasan gencatan senjata.

Beliau berkata Israel tidak perlu kelulusan mana-mana pihak dalam usaha meneruskan keganasannya di wilayah Palestin itu.

Terbaharu, AFP telah  menyiarkan satu video konvoi Mesir memasuki Gaza membawa pasukan penyelamat dan jentera berat bagi membantu mencari mayat tebusan Israel yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan.

Kenderaan yang membawa bendera Mesir, termasuk jentolak dan lori pengangkut, dilihat menuju ke pusat penyelarasan bantuan di Al-Zawayda.

— BTSMedia.my

Leave a Comment