POLIS menahan seorang lelaki warga asing berusia 39 tahun di Keningau, Sabah kerana disyaki memukul seekor anjing dengan batang besi hingga mati.
Ketua Polis Keningau Yampil Garai berkata pihaknya semalamĀ menerima laporan susualn satu video tular tentang kejadian itu dan mendapati ia berlaku di sebuah bengkel Kampung Patikang, Keningau.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari bahagian siasatan jenayah IPD Keningau telah menahan suspek pada pukul 10.30 malam tadi dan merampas batang besi yang dipercayai digunakan.
āSuspek ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut.
āKes ini disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan membunuh haiwan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana salah guna rangkaian,ā katanya dalam satu kenyataan.
-BTS Media