BTS Media

Sentuh isu sensitif sukarkan PH-UMNO tarik pengundi Melayu

KUALA LUMPUR: Kecuaian dalam kalangan pemimpin DAP hingga menyentuh isu sensitif dan kempen Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang mahukan calon Ketua Menteri daripada masyarakat itu, menyukarkan usaha Pakatan Harapan (PH)-UMNO menarik sokongan pengundi Melayu kembali.

Pandangan itu dikemukakan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, Shafezah Abdul Wahab ketika mengulas pertarungan merebut undi Melayu di negeri terbabit yang dijangka menjadi hangat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.

“Walaupun menukar kerajaan negeri agak sukar kerana PH di Pulau Pinang didukung kekuatan undi bukan khasnya DAP, persaingan Perikatan Nasional (PN) merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti Melayu tidak boleh diabaikan gabungan PH dan Barisan Nasional (BN).

“Dalam konteks Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), terbukti Pulau Pinang mampu mengalami perubahan drastik apabila kerusi Parlimen majoriti Melayu jatuh ke tangan PN,” katanya.

Namun, tegas Shafezah, tugas merebut semula undi Melayu di kawasan tradisi UMNO menjadi ‘duri dalam daging’ kerana mereka masih berdepan dengan pelbagai cabaran untuk menarik sokongan pengundi Melayu.

Baca lagi: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1128471/cuai-sentuh-isu-sensitif-sukarkan-ph-umno-tarik-pengundi-melayu

Leave a Comment