BTS Media

Wan Noor Hayati Pemenang Anugerah Kajai 2014 meninggal dunia

PEMENANG Anugerah Kajai tahun 2014, Wan Noor Hayati Wan Alias meninggal dunia, di Hospital Serdang, di sini, hari ini.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Wanti meninggal dunia kira-kira jam 5.30 petang.

Difahamkan, Wan Noor Hayati berusia 44 tahun yang juga bekas wartawan Berita Harian akan dikebumikan di Rembau, Negeri Sembilan pukul 11 malam ini.

Allahyarham dimasukkan ke unit kecemasan Hospital Serdang di sini, dua hari lalu dipercayai akibat sesak nafas.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, Allahyarham menderita sakit radang paru-paru dan hanya mampu terbaring di rumah sewanya di Taman Kajang Utama, di Kajang.

April lalu, Allahyarham dimasukkan ke wad di Hospital Putrajaya kerana batuk dan muntah berterusan sebelum disahkan mengidap Covid-19.

Selain itu, beliau juga sudah terputus pendapatan apabila pada 24 Jun lalu terpaksa berhenti kerja akibat masalah kesihatan.

Baca lagi: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/07/986317/pemenang-anugerah-kajai-2014-meninggal-dunia

Leave a Comment