BTS Media

Dua individu minta dibicarakan kerana memukul pekerja Pelita Nasi Kandar

Oleh Yusoff A. Shariff

SEPANG: Dua individu yang terlibat dalam serangan terhadap seorang pekerja restoran Pelita Nasi Kandar di Cyberjaya telah didakwa atas beberapa pertuduhan, termasuk menyerang, serta merosakkan peralatan restoran.

Elanggovan Muniyandi dan Vengateswaran Malaisamy, kedua-duanya berusia 51 tahun, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.

Sebelum ini media melaporkan dua pekerja restoran itu cedera selepas dibelasah tiga pelanggan yang dipercayai mabuk.

Susulan kejadian itu, seorang daripada mangsa mengalami lebam dan kecederaan di leher, kepala, bahu kiri dan telinga akibat dipukul bertubi-tubi oleh suspek utama.

Seorang lagi pekerja yang cuba menghentikan serangan itu turut mengalami kecederaan.

Kejadian itu didakwa berlaku selepas salah seorang lelaki itu ditegur kerana menggunakan tangan untuk mengambil makanan di kaunter.

-BTS Media

Leave a Comment