BTS Media

JAKIM nafi keluar surat sokong pelaburan patuh syariah, minta masuk wang ke beberapa akaun

BARU-BARU ini, satu foto tular di media sosial kononnya menunjukkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan surat menyokong skim pelaburan patuh Syariah yang memerlukan orang ramai memasukkan wang ke dalam beberapa akaun bank.

Dalam catatan di Facebook, jabatan itu pada Isnin (7 Nov), JAKIM telah nafi mengeluarkan surat sedemikian, sambil menambah bahawa ia sebenarnya palsu.

“JAKIM menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan surat itu,” tambahnya.

-BTS Media

Leave a Comment