Oleh Feste KR
SEBUAH lagi filem Malaysia berjaya menarik penonton kembali ke pawagam.
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa memperoleh RM8 juta di box office sejak ia ditayangkan di pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei pada 25 Ogos.
Menurut pengedar filem GSC Movies, Air Force The Movie akan ditayangkan di Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.
Filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu memberi penghormatan kepada anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Produksi filem yang membabitkan TUDM dari awal ini menyaksikan draf skripnya diubahsuai 16 kali sebelum akhirnya mendapat kelulusan penuh, kata Zulkarnain pada satu sidang media.
Pelakon Adi Putera, bintang utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang merupakan satu-satunya blockbuster tempatan dengan kutipan tertinggi, berkata adalah satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada Air Force The Movie.
Filem ini turut menonjolkan pelakon, termasuk Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.
Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan memperoleh RM12 juta di box office dalam tempoh empat hari, di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
Ia terus memecahkan rekod mencatatkan RM53 juta dalam 13 hari, RM61 juta dalam 17 hari dan RM80 juta dalam 25 hari. Pendapatan terakhir yang direkodkan ialah RM90 juta selepas berada di pawagam selama 33 hari.
-BTS Media