Oleh Yusoff A. Shariff
PELARI dari Kenya Emmanuel Korir menyerlah lagi dengan menambah pencapaian apabila meraih kejuaraan 800m dunia di Eugene, Kanada pada Sabtu (23 Julai).
Korir mencatat masa 1 minit 43.71 saat, diikuti Djamel Sedjati dari Algeria meraih perak dengan 1:44.14 dan Marco Arop dari Kanada meraih gangsa (1:44.28).
Pelari kedua Algeria, juara Afrika, Slimane Moula, mendahului track lapan pelari di Hayward Field.
Arop di lorong dalam mendahului untuk pecutan lap terakhir.
Pada jarak 200 meter, Korir memecut dan dengan mudah menduduki posisi terdepan hingga ke garisan penamat.
-BTS Media