BTS Media

Perjanjian TPM Bersatu-Ismail Sabri: Takiyuddin mengaku merangka draf

 

Oleh Yusoff A. Shariff

DRAF surat perjanjian pelantikan timbalan perdana menteri adalah tanggungjawab beliau ketika itu, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin yang kini Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata beliau hanya menyediakan perjanjian itu, tetapi bukan menandatanganinya.

Beliau berkata mungkin presiden PAS Abdul Hadi Awang memberi jawapan secara spontan apabila ditanya tentang dokumen itu.

Takiyuddin menjelaskan bahawa tidak semua orang tahu tentang dokumen tersebut, dan Abdul Hadi juga bukan pihak yang menandatanganinya.

Beliau memberitahu media demikian di Kampung Sungai Tiang, Trong, Perak pada Selasa (12 Julai).

Semalam (Isnin 11 Jul), Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin  berkata Takiyuddin adalah orang yang merangka perjanjian antara PN dan beliau.

Beliau berkata dokumen itu kemudian ditandatangani oleh dirinya dan perdana menteri Ismail Yaakob, disaksikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Abdul Hadi pada 8 Julai menafikan wujud persetujuan sedemikian bagi melantik timbalan perdana menteri.

Takiyuddin berkata sama ada UMNO tahu atau tidak, semak sahaja siapa yang menandatangani dokumen tersebut.

Beliau mempersoalkan bagaimana seseorang boleh menandatanganinya dan kemudian berkata tidak tahu.

-BTS Media

Leave a Comment