BTS Media

Sivasangari tidak menyertai Sukan Komanwel setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya

PIX: The Star.

 

Oleh Zainal AS Rashid

PEMAIN skuasy negara S. Sivasangari tidak akan menyertai Sukan Komanwel selepas terlibat dalam kemalangan besar di Lebuh Raya Maju (MEX) pada Ahad (26 Jun).

Pemain berusia 23 tahun yang merupakan penumpang sebuah yang melanggar sebuah lori di lebuh raya itu mengalami kecederaan parah dan terpaksa menjalani pembedahan segera. Dia kini telah sedar dan keadaannya stabil, lapor The Star.

Sukan Komanwel dijadualkan berlangsung di Birmingham, England, dari 28 Julai hingga 8 Ogos. Sivasangari sepatutnya menjadi pembawa bendera bersama atlet negara, Bonnie Bunyau.

Pemain nombor 19 dunia itu merupakan prospek pingat dalam acara individu dan beregu untuk temasya itu. Ini adalah kali kedua seorang atlet berprofil tinggi terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Maju.

Dua tahun lalu, pemain badminton Jepun, Kento Momota terlibat dalam kemalangan di lebuh raya yang sama.

-BTS Media

Leave a Comment