GAMBAR ATAS: Lightfield Studios.
Oleh Fetty Rara
Sebanyak 27,000 permohonan untuk mendapatkan bantuan peranti tablet percuma diterima dalam tempoh tujuh jam sejak ia dibuka.
Inisiatif di bawah program “Perantis Siswa Keluarga Malaysia” kelolaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) itu mendapat sambutan ketara daripada pelajar institusi pengajian tinggi kumpulan B40 sejurus setelah permohonan dibuka pada Jumaat (15 April).
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa semua tablet yang akan diagihkan pada Jun depan adalah berkualiti daripada jenama terkemuka.
Inisiatif itu diumumkan pada pembentangan Bajet 2022 bagi membolehkan pelajar institusi pengajian tinggi menggunakan peranti dan akses Internet pada kos berpatutan
Program tersebut akan memanfaatkan kira-kira 350,000 pelajar daripada keluarga B40 yang mengikuti kursus diploma dan ijazah sarjana muda.
Permohonan boleh dibuat melalui secara dalam talian melalui pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my.
-BTS Media