BTS Media

Pemimpin parti lain yang hubungi saya, kata Muhyiddin

GAMBAR ATAS: Facebook Muhyiddin Yassin.

 

Oleh Yusoff A. Shariff

Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa pemimpin politik lain yang berjumpa beliau untuk bekerjasama pada pilihan raya umum akan datang bagi mengelak pertembungan pelbagai penjuru.

Beliau berkata selepas Pilihan Raya Negeri Johor, beberapa pemimpin parti politik, termasuk daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) telah berjumpa beliau untuk mengusahakan strategi kerjasama berkenaan.

Ahli Parlimen Pagoh dan bekas Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 April) berkata Barisan Nasional mampu memenangi pilihan raya Negeri Melaka dan Johor akibat pertembungan pelbagai penjuru, di mana undi anti-Barisan berpecah.

Oleh yang demikian beliau berkata mereka mahu mengelak pertembungan pelbagai penjuru pada PRU-15 nanti bagi menghalang BN kembali berkuasa.

Berdasarkan premis itu, Muhyiddin berkata beliau mengambil inisiatif untuk bertemu dengan pemimpin parti politik baik kerajaan mahupun pembangkang bagi menjalin kerjasama pada PRU-15.

Beliau menyifatkan pertemuan itu semua sebagai langkah awal, dan belum ada keputusan muktamad yang dibuat.

Menurut Muhyiddin, pertemuan antara beliau dan Dr Mahathir yang diatur oleh pemimpin kanan Pejuang adalah sebahagian daripada inisiatif tersebut.

Terdahulu, Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata Muhyiddin telah meminta diatur pertemuan dengan Dr Mahathir, tetapi Pemuda Pejuang pula mendakwa Mahathir yang memulakan inisiatif (pertemuan) itu.

-BTS Media

Leave a Comment