BTS Media

SPRM siasat dakwaan rasuah libatkan calon pilihan raya di Johor

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat  dakwaan rasuah dikaitkan dengan seorang calon yang bertanding dalam pilihan raya di Johor.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman, berkata pihaknya tidak akan mendedahkan maklumat lanjut buat masa ini bagi memastikan siasatan dijalankan secara bebas serta tidak menjejaskan proses pilihan raya yang masih berlangsung.

Beliau menjelaskan bahawa SPRM mahu kekal berkecuali dan tidak dilihat memihak kepada mana-mana pihak sepanjang tempoh pilihan raya.

Menurutnya, sekiranya berlaku sebarang unsur rasuah ketika pilihan raya, tindakan akan diambil tanpa mengira sama ada ia melibatkan parti politik, calon, pengundi atau penyokong kerana rasuah tetap merupakan satu kesalahan. Beliau turut mengesahkan bahawa siasatan yang sedang dijalankan ketika ini membabitkan seorang calon.

-BTSMedia.my

Leave a Comment