Oleh Zainal AS Rashid
SINGAPORE Airlines Ltd akan membayar kakitangannya bonus sekitar lapan bulan gaji selepas mencatatkan rekod keuntungan tahunan, lapor akhbar Business Times.
Kakitangan yang layak akan dibayar bonus perkongsian keuntungan bersamaan dengan 6.65 bulan gaji, dan maksimum 1.5 bulan gaji bonus ex-gratia sebagai pengiktirafan kerja keras dan pengorbanan mereka semasa pandemik, lapor akhbar itu, yang memetik jurucakap syarikat.
Pengurusan kanan tidak akan menerima bonus itu, kata akhbar itu lagi.
Syarikat penerbangan negara republik itu pada Selasa melaporkan pendapatan bersih sebanyak S$2.16 bilion (AS$1.62 bilion) bagi tahun berakhir 31 Mac, dan mengunjurkan  jualan hadapan sihat di semua kelas kabin, bagi sektor penerbangan ke China, Jepun dan Korea Selatan.
Singapore Airlines dan anak syarikatnya, Scoot membawa 26.5 juta penumpang pada tahun berkenaan, iaitu enam kali lebih tinggi daripada 12 bulan hingga Mac 2022, dengan kapasiti penumpang meningkat kepada 79 peratus pada Mac.
Pada Isnin (15 Mei), Singapore Airlines berkata syarikat itu menerbangkan 1.75 juta penumpang pada April, peningkatan 53 peratus dari bulan yang sama tahun lepas. Jika dibandingkan, Hong Kong Cathay Pacific Airways Ltd. jauh ketinggalan sebelum mencapai tahap itu, dengan hasil tahun lepas masih hanya kira-kira separuh daripada tahap pra-pandemik.
-BTS Media