GAMBAR ATAS: Tangkapan video serangan udara ke atas bandar raya Kyiv/ Sumber: Kementerian Pertahanan Rusia.
Ukraine kekal menguasai sebahagian besar ruang udaranya, kata kementerian pertahanan Britain pada Rabu (27 April).
Keadaan ini menunjukkan bahawa Rusia gagal melumpuhkan tentera udara, dan sistem pertahanan udara negara itu.
Kenyataan Britain melalui Twitter berkata Rusia mempunyai akses udara yang sangat terhad di bahagian utara dan barat Ukraine.
Sehingga kini aktiviti udara Rusia hanya tertumpu di bahagian selatan dan timur Ukraine dengan fokus kepada sokongan tentera darat Rusia.
Menurut perisikan tentera British, Rusia terus menyasarkan aset tentera Ukraine dan infrastruktur logistik di seluruh negara itu.
Kebanyakan daripada serangan udara Rusia mendedahkan orang awam kepada risiko, sementara serangan ke atas bandar raya pelabuhan Mariupol pula menggunakan bom biasa tanpa sistem pemanduan yang menyasarkan secara tepat.
Menurut kenyataan itu lagi, pengguguran bom sebegitu jelas lebih memusnahkan apa sahaja, termasuk membunuh orang awam.
Latest Defence Intelligence update on the situation in Ukraine – 27 April 2022
Find out more about the UK government’s response: https://t.co/yBkEQmjzoS
🇺🇦 #StandWithUkraine 🇺🇦 pic.twitter.com/r4vIO69jIM
— Ministry of Defence 🇬🇧 (@DefenceHQ) April 27, 2022
-BTS Media